APAKAH GEJALA STROK HABA?
Strok haba akan menunjukkan beberapa gejala seperti keletihan berlebihan, sesak nafas diikuti dengan sakit perut, gelisah, degupan jantung yang cepat, pengsan dan mungkin muntah parah. Semua keadaan ini berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas sehingga melebihi 40.5 Celcius, melampaui suhu normal iaitu 37 Celsius.
Apabila tubuh anda gagal mengatasi gejala-gejala tersebut, anda mungkinĀ jatuh pengsan,Ā mengalami sawan, kecelaruan, kerosakan serius pada otak dan organ dalaman, koma, dan ada yang boleh menyebabkan kematian.
SIAPA BERISIKO MENDAPAT STROK HABA
- warga emas
- wanita hamil & menyusu
- kanak-kanak dan bayi
- orang yang mempunyai masalah kesihatan (seperti darah tinggi, sakit jantung, paru-paru)
- orang yang jarang minum air
SIMPTOM-SIMPTOM STROK HABA
- Suhu badan meningkat
- Kulit menjadi kemerahan (kerana panas) dan tidak berpeluh.
- Degup nadi meningkat
- Pening, loya
- Sakit kepala menyucuk-nyucuk
- Pitam/pengsan

Ā
ANTARA PERKARA PERLU DIELAK SEPANJANG CUACA PANAS
Selain memperbanyakkan meminum air masak dan berteduh,Ā jangan lakukan 6 perkara ini untuk mengelak daripada terkena serangan strok haba.
Ā
šMEMINUM TERLALU BANYAK MINUMAN MANIS
Wah, siapa tak nak pekena teh aisĀ atauĀ āice blendedāĀ dalam musim panas dan matahariĀ terik ni kan?
Berhati-hati dalam menikmati minuman berais seperti ini kerana biasanya minuman ini biasanya mengandungi gula yang sangat banyak. Kandungan gula berlebihan ini mungkinĀ menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah.
Gantikan jus buah-buahan yang dibeli dalam pek dengan jus organik, atau buat sendiriāsmoothiesāĀ dengan bahan berkhasiat seperti oat, sayur-sayuran danĀ buah-buahanĀ yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Sedap juga, kan?
Gula bukan sahaja membahayakanĀ kesihatan, tetapi gula juga bolehĀ memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita sepertiĀ vitamin B dan kalsium.
Ā
šBERAKTIVITI DI ATAS PERMUKAAN PANAS SEPERTI BITUMEN DAN SIMEN
Elakkan strok haba dengan mengurangkan aktiviti di tengah-tengah panas terik, terutamanya di kawasan yang tidak berpokok dan permukaan lantai seperti bitumen dan simen.
Permukaan lantai seperti ini mampu mengumpul dan memantulkan haba dengan banyak.
Aktiviti seperti kawad kaki, perbarisan, dan perhimpunan seelok-eloknya diteruskan dalam dewan tertutup atau berbumbung untuk mengelakkan serangan strok haba.
Ā
šDUDUK DALAM KERETA LAMA-LAMA
Ada yang lebih suka duduk sebentar dalam kereta kerana āair condā nya yang sejuk dan nyaman. Tetapi, tahukah anda perkara ini juga boleh membahayakan kesihatan?
Apabila enjin dipanaskan dan dibiarkanĀ āidleāĀ tanpa pergerakan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas karbon oksida daripada ekzos dipercayai boleh masuk ke dalam tempat duduk penumpang.
Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan kesihatan buat jangka masa panjang. Perkara ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anda menutup rapat kesemua tingkap.
Jika terpaksa tidur sebentar, pastikan anda menurunkan sedikit tingkap supaya udara dari luar dapat mengalirkan gas di dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tingkap tidakĀ dibuka terlalu luas.
Ā
šMEMBEDUNG BAYI BERLAPIS-LAPIS
Macam-macam pantang larang bayi baru lahir. Ada yang percaya mereka perlu dibedung untuk mengelakkan bayi berjalan ākengkangā apabila menginjak usia kelak.
Walau apa pun kebaikan membedung bayi yang andaĀ bahaskan, lengkapkan diriĀ anda dengan ilmu dalam melaksanakannya. Bayi adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada strok haba.
Pastikan bedung yang digunakan tidak terlalu tebal, dan jangan pula membedung bayi sehingga menjadikan bayi lemas dan tidak selesa.
Dalam cuaca panas sebegini, pastikan bayi dibedung longgar dan gunakan saja kain lampin atau kain kapas yang berlubang-lubang. Ianya murah, nipis, dan menyerap peluh.
Ā
šMENGAMBIL UBAT PENAHAN SAKIT
Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, elakkan mengambil ubat-ubatan sepertiĀ paracetamolĀ (contoh: Panadol) dan aspirin kerana ia sebenarnyaĀ tidak akan membantu mengurangi suhu tubuh yang tinggi.
Malah, jika anda tidak bernasib baik, ia mungkin pula menyebabkanĀ komplikasi yang lebih buruk.
Jadi, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa tidak selesa dalam cuaca panas terik sebegini.
Ā
Sumber: SirapLimau & Dimensi
Recent Comments