Select Page

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

‘Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resedung (“Sinusitis”) boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer.

 
Antara Penyebab Berlakunya Resdung :
 
👉🏻 STRUKTUR HIDUNG

Ni jarang2 berlaku, tapi boleh jadi penyebab resdung jugak. Bagi orang yang struktur hidung kurang normal, risiko nak kena resdung ni, lebih tinggi.

Dr. Hueston cakap, “saluran hidung sempit, tumor dan lelangit terbuka, boleh menyebabkan rongga sinus tertutup. Bila rongga sinus tertutup, mukus pun tak boleh dibuang. Mukus yg tak boleh dibuang ni boleh meyebabkan jangkitan BAKTERIA!”

 

👉🏻 KEKURANGAN AIR

Bila mukus terperangkap dlm rongga hidung, dlm tempoh yg lama, kandung air mukus tersejat, pastu mukus jadi makin pekat. Bila makin pekat, gejala resdung makin teruk.

Sebab tu Doktor selalu nasihat kepad orang yang ada resdung ni “minum air tu banyak-banyak”. Bila minum air banyak, kelembapan semulajadi dalam rongga hidung dan sinus dapat dikawal.

 

👉🏻 UDARA TERCEMAR & ALAHAN

“Anasir-anasir” penyebab resdung yang terkandung dalam udara yang kita sedut setiap hari. Dr. Bains cakap, “sedut udara yang kurang bersih, jugak boleh menyebabkan keradangan, kemudian berlakulah resdung!”

So, jom kita sama-sama jaga kebersihan udara di sekitar kita yer.

Selain tu bahan kimia dalam PERFUME pun boleh menyebabkan RESDUNG bagi sesetengah orang. Sesetengah orang memang tak boleh bau PERFUME ni. Bukan tak boleh bau benda wangi, tapi alah kepada bahan kimia dlm PERFUME.

Sonia Bains ckp “orang yang ada alahan lebih mudah untuk diserang resdung, berbanding orang normal”.

Orang yang ada resdung ni, biasanya mereka alahan kepada makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Selain itu, mereka alahan kepada debu, bulu bintang macam kucing dan juga LIPAS!!!

 

👉🏻 ASAP ROKOK 

Asap rokok pun boleh sebabkan RESDUNG. Kalau ada tengok anak-anak atau ahli keluarga selalu bersin, resdung, ada jerawat, selalu demam, selalu jauhkan mereka daripada asap rokok yer.

Lebih teruk lagi, asap rokok boleh tingkatkan RISIKO JANGKITAN di dinding SINUS! Memang tak bagus ROKOK ni. Kalau hisap tu, PLEASEEE berhenti.

 

👉🏻 JANGKITAN KULAT

Dr. Hueson cakap “jangkitan kulat ni punca resdung yg jarang berlaku. Tapi selalu jadi kepada orang yang lemah sistem imunisasi diri”

Bila sistem imunisasi diri lemah, kulat boleh hidup dan membesar, lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembap mcm rongga sinus (fuhhh, menyeremkan kan?)

 

👉🏻 MANDI KOLAM RENANG

Kenapea kadang-kadang kalau kita swimming, selalu bersin? haaaa. Sebenarnya KLORIN yang tinggi dalam kolam renang boleh mengganggu lapisan hidung dan dinding sinus.

Lebih lagi lepas dan menyelam. Betul kan? Bila menyelam, tekanan air tinggi, air boleh masuk sampai rongga-rongga sinus. Pastu klorin yang tinggi tu menyebabkan keradangan kat tisu-tisu dinding sinus.

 

👉🏻 BAKTERIA & VIRUS

Pernah tak anda atau kenalan anda selsema lebih 10-15 hari? Kadang-kadang tu berlarutan berbulan dan bertahun-tahun. Haaaa, kemungkinan BESAR bakteria dah join geng PEPERANGAN melawan sistem pertahanan badan bersama-sama VIRUS.

Prof William J. Huesto cakap “kemungkinan besar bakteria yang sebabkan RESDUNG ni dari jenis keturunan Streptococcus Pneumonia atau Haemophilus Influenza (cuba anda sebut nama bakteria ni, nak menaip pun payah tau! hihi)

Cuba tengok sekeliling anda, banyak tak pusat pemeliharaan dan pemuliharaan BAKTERIA & VIRUS! hihi… hapuskan tau!!!

 

Sumber : FB Tips Kesihatan dan Keselamatan & Wikipedia