Select Page
daun parsley

Daunnya yang seakan-akan daun sup menyebabkan banyak orang tersalah membeli daun parsley di pasaraya apabila hendak membuat sup.

Daun Parsley yang juga dikenali dengan nama Pasli ini mempunyai batang yang lembut dan daun yang kerinting. Petua memilih antara daun parsley dan daun sup adalah anda perlulah mematah sedikit daun atau batang dan menciumnya. Bauan daun parsley agak kurang dari bau daun sup.

Daun parsley yang kaya dengan Vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil ini adalah antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti serta sebagai hiasan masakan mereka. Ketahui khasiat daun parssley untuk kesihatan anda.

Khasiat Daun Parsley

Dua sudu besar pengambilan daun parsley segar akan memberikan lebih daripada 150 peratus keperluan harian anda untuk Vitamin K yang memainkan peranan penting dalam pengaliran darah anda. Sebab itulah daun ini sangat sesuai untuk orang yang mengidap penyakit buah pinggang, terutamanya dalam mencuci kotoran darah. Air rebusan daun parsleyy mampu menyingkirkan garam, bahan toksik dan bahan buangan lain yang berkumpul di dalam ginjal secara semulajadi melalui air kencing.

  • Menyegarkan Bau Nafas

Khasiat daaun parsley yang lain ialah ia mampu menyegarkan bau nafas anda kerana ia mengandungi sumber  klorofil di dalamnya.

  • Menyihatkan Rambut

Daun parsleyy yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menyihatkan rambut anda.

  • Merawat Penyakit Hipotensi

Air rebusan daripada parrsley ini dapat merawat penyakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

  • Mengurangi Sakit Senggugut

Bagi wanita, amat elok untuk anda mengamalkan air rebusan dauun parsley ini kerana ia dapat mengurangi rasa sakit senggugut ketika datang bulan atau menstruasi. Caranya adalah menggunakan akar kering dari daun parsley ini dan campurkan dengan setengah liter air lalu dididihkan selama lima belas minit. Selepas itu,bolehlah anda minum air rebusan tersebut setiap hari.

  • Mengurangi Iritasi Pada Mata

Tanaman daun parsleyy ini dapat membantu untuk mengurangi iritasi pada mata akibat keletihan. Caranya adalah dengan mengambil beberapa bahagian tanaman parsley seperti bunga, daun atau batang. Kemudian,masukkan bahagian-bahagian tersebut ke dalam air selama 5 minit. Setelah air rebusan itu mendidih dan sejuk,gunakan untuk mencuci mata anda.

 

Cara Menyediakan Air Rebusan Daun Parsley

Air rebusan daun parsley ini boleh disediakan seperti berikut:

  1. Ambil secekak parsley yang telah dibasuh dan potong kecil-kecil. Kemudian, rebuskan sehingga mendidih selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.
  2. Setelah sejuk air rebusan tadi, tapis dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Amalkan minum air rebusan daun parsley tadi segelas sehari.
  4. Jika di amalkan selalu, anda akan mendapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan akan keluar melalui pembuangan air kecil.

 

Rasailah perbezaan selepas mengamalkan air rebusan daun parsleyy.  Ia  sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang secara semulajadi.

Kredit : wom.my